AMEZA SAH DILAMAR GENERASI STUDIO

Ameza dikenali gadis manis bersuara lunak atau dengan nama sebenar Norhamiza Binti Mazlan anak jati berasal dari Kg.Rancangan Suan Lamba Kinabatangan kini sah dilamar oleh pihak Generasi studio sebagai artis rakaman baru. Berlatarkan pengalaman dalam bidang seni suara selama ini telah menjadi pilihan yang tepat untuk digilap menjadi bintang penghibur.Dengan mempertaruhkan lagu berjudul LUKA Genre Balada ciptaan Kamal Abas dan lirik ditulis oleh Kasnoor Armin terbitan Generasi Studio akan bakal menjadikan Ameza sebagai artis rakaman sekaligus bakal mewarnai persada seni suara Sabah tidak lama lagi.


Ameza

 Ameza mula berkecempung dalam bidang seni suara sejak dibangku sekolah lagi ketika berumur 12 tahun. Pernah menyertai beberapa acara pertandingan nyanyian ternama antaranya telah menjadi finalis Bintang Sandakanfm pada tahun 2014 dan mendapat tempat ketiga ketika itu.Selain itu, Ameza juga pernah mengikuti acara pertandingan luar anjuran pihak swasta dan dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan nyanyian Kinabatangan Idol 2017 dan naib johan pula dalam pertandingan nyanyian Bintang ldola Kinabatangan 2019.

Lagu ini akan bakal dilancarkan dalam tempoh yang terdekat oleh pihak penerbit Generasi Studio melalui pelbagai paparan media hiburan tanah air dan ketika berbicara tentang harapan pula semoga lagu yang berjudul LUKA nyanyian Ameza ini akan mendapat tempat dihati dan sokongan padu daripada pengemar seni suara kelak.


                                                                                  Tulunmilian

Popular posts from this blog

Siapakah Bakal Juara Antara 10 Finalis Sugandoi Peringkat Daerah Kinabatangan 2022