Siapakah Bakal Juara Antara 10 Finalis Sugandoi Peringkat Daerah Kinabatangan 2022


Ujibakat Sugandoi peringkat daerah Kinabatangan telah berlangsung pada 23 April 2022 bertempat di Dewan Sri Lamag Kinabatangan bermula jam 9 malam. Seramai 18 orang telah hadir untuk sesi ujibakat tersebut. Kesemua peserta telah melakukan persembahan yang terbaik namun hanya 10 peserta sahaja yang telah layak ke peringkat akhir untuk mencari siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara bagi mewakili daerah Kinbatangan ke peringkat negeri Sabah nanti. Antara barisan yang melayakkan diri tersebut ke 10 Finalis Sugandoi Kinabatangan 2022 :

1. Mohd Azry Bin Hamzah

2. Mohd Azrinsyah Bin Jiwi

3. Norhamiza Binti Mazlan

4. Joyce Rufiona Juanis

5. Afdin Bin Abdul Gani @ Ejul

6. Zarinie Shakira Binti Zainal

7. Nurul Aisyah Binti Benedict

8. Soniajequlina Roum

9. Rousevina Roum

10. Rayner Bin Jautin

Pentas akhir akan berlangsung pada 21 Mei 2022 bertempat di Dewan Sri Lamag Kinabatangan nanti yang akan bakal menyaksikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara Sugandoi Kinabatangan sesi 2022.

Barisan Juri - Norman , Kamal dan Kasnoor

Azmin Kumin
Pengerusi Sugandoi Kinabatangan

Buat pertama kalinya diberikan kepercayaan penuh sebagai pengerusi Sugandoi daerah Kinbatangan 2022 En.Azmin Kumin mengharapkan semoga pentas akhir Sugandoi peringkat daerah Kinabatangan seperti tarikh yang telah ditetapkan akan berlangsung dengan jayanya serta mengharapkan johan Sugandoi ini nanti akan dapat memberikan saingan hebat di peringkat negeri Sabah kelak.


Tulunmilian..,.


Popular posts from this blog

AMEZA SAH DILAMAR GENERASI STUDIO