Posts

Showing posts from April, 2022

Generasi Studio meriahkan suasana raya dengan 3 lagu terbaru.

Image
Setelah sekian lama menyepi daripada pentas seni akibat kesan daripada pandemic Covid 19 kini 3 buah lagu raya pelbagai genre akan berkumandang lagi hasil terbitan daripada Generasi Studio yang akan membariskan 9 artis Sabahan dan satu  artis berkumpulan yang telah melibatkan 4 orang komposer dalam menjayakan lagu raya tersebut. Tajuk lagu : Syawal Dinanti Komposer Lagu : Kamal Abas Penulis Lirik : Kasnoor Armin Barisan Artis : Sariwani  Ameza Syamira Norliza Awie Firdaus Azmin Min Charl Sumilau Jirin Selain itu , penampilan penyanyi baru sedang menempah nama Azratul berasal daripada daerah kinbatangan tampil menerusi lagu : Tajuk Lagu : Syawal Bahagia Komposer lagu : Kamal Abas / Mohd.Rizuan Romson Penulis Lirik : Mohd.Rizuan Romson Sementara pula artis berkumpulan SOP BAND akan membawakan lagu : Tajuk : Seloka Raya Komposer Lagu : Archel Penulis Lirik : Kasnoor Armin Lagu dan Music Video akan disiarkan melalui station radio , laman YouTube dan Page FB Generasi Studio kelak s

Siapakah Bakal Juara Antara 10 Finalis Sugandoi Peringkat Daerah Kinabatangan 2022

Image
Ujibakat Sugandoi peringkat daerah Kinabatangan telah berlangsung pada 23 April 2022 bertempat di Dewan Sri Lamag Kinabatangan bermula jam 9 malam. Seramai 18 orang telah hadir untuk sesi ujibakat tersebut. Kesemua peserta telah melakukan persembahan yang terbaik namun hanya 10 peserta sahaja yang telah layak ke peringkat akhir untuk mencari siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara bagi mewakili daerah Kinbatangan ke peringkat negeri Sabah nanti. Antara barisan yang melayakkan diri tersebut ke 10 Finalis Sugandoi Kinabatangan 2022 : 1. Mohd Azry Bin Hamzah 2. Mohd Azrinsyah Bin Jiwi 3. Norhamiza Binti Mazlan 4. Joyce Rufiona Juanis 5. Afdin Bin Abdul Gani @ Ejul 6. Zarinie Shakira Binti Zainal 7. Nurul Aisyah Binti Benedict 8. Soniajequlina Roum 9. Rousevina Roum 10. Rayner Bin Jautin Pentas akhir akan berlangsung pada 21 Mei 2022 bertempat di Dewan Sri Lamag Kinabatangan nanti yang akan bakal menyaksikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara Sugandoi Kinabatangan sesi 2022.

AMEZA SAH DILAMAR GENERASI STUDIO

Image
A meza dikenali gadis manis bersuara lunak atau dengan nama sebenar Norhamiza Binti Mazlan anak jati berasal dari Kg.Rancangan Suan Lamba Kinabatangan kini sah dilamar oleh pihak Generasi studio sebagai artis rakaman baru. Berlatarkan pengalaman dalam bidang seni suara selama ini telah menjadi pilihan yang tepat untuk digilap menjadi bintang penghibur.Dengan mempertaruhkan lagu berjudul LUKA Genre Balada ciptaan Kamal Abas dan lirik ditulis oleh Kasnoor Armin terbitan Generasi Studio akan bakal menjadikan Ameza sebagai artis rakaman sekaligus bakal mewarnai persada seni suara Sabah tidak lama lagi. Ameza  Ameza mula berkecempung dalam bidang seni suara sejak dibangku sekolah lagi ketika berumur 12 tahun. Pernah menyertai beberapa acara pertandingan nyanyian ternama antaranya telah menjadi finalis Bintang Sandakanfm pada tahun 2014 dan mendapat tempat ketiga ketika itu.Selain itu, Ameza juga pernah mengikuti acara pertandingan luar anjuran pihak swasta dan dinobatkan sebagai juara dalam